Ini die pokok Mas Cotek....mesti ramai yang belum kenal....xkenal maka xcinta kan...sudi2lah baca entri ni ye..
Mas Cotek tu ape??
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan
sejenis pokok herbayang
digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini
dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar)
.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat
perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip
Fatimah, Mas cotek
dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakitdan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang
popular di pantai timur Semenanjung
Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga KepulauanKalimantan,
tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya
sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia,tumbuhan ini dipanggil ‘tabat
barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal,
api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrikapula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’.
Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular
dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Kenapa nama Mas Cotek??
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik
halus berwarna emasyang terdapat pada permukaan atas
setiap helaian daun tumbuhan ini. DiMalaysia, para saintis telah mengenalpasti
bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga
Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu
spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah
di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam
keluarga Moraceae.
Antara Khasiatnya
Tumbuhan
herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan
tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair,
darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.
Kajian
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi)
tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
Flavonoid
Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan
peredaran darah yang sihat
Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
Tannis
Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan
perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti
ekzema atau melecur
Triterpenoids
Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan
membantu menyerap nutrient
Phenols
Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak
dan bertindak sebagai antiseptik
Penyediaan
herba
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada
akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi
kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk
minuman teh herba.
Mas Cotek nie ade jantina jgk tau...
ni la antara sedikit pengenalan tentang Mas Cotek...semoga bermanfaat ye...insya Allah kalau ada tambahan yang menarik akan dikongsikan..
#herba #murah #airmascotek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan